Presiden MIC, Tan Sri S.A. Vigneswaran menafikan laporan yang mendakwa antara manifesto yang dibawa parti itu termasuk membebaskan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dari penjara.<br /><br />Najib ketika ini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas disabitkan bersalah dalam kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
